Tentang Sekolah



SEJARAH  PENUBUHAN

Sekolah Rendah Agama Al-Islahiah  telah bermula pada tahun 1980. Iaitu bersamaan dengan pembukaan Kem Genting Klang . Pada peringkat permulaan ,SRA ini dikenali dengan Kelas  Fardu Ain, pelajarnya hanya lima puluh orang, dan tenaga pengajarnya hanya dua orang, iaitu Ustaz Alius  bin Rapee dan Ustazah  Saodaah Binti Saani. Kedua - dua  guru ini kemudiannya di terima  dan dilantik oleh Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI )
Pada peringkat awal  sekolah ini mengunakan bilik darjah sementara yang di buat di bawah bangunan rumah keluarga dan surau Ar-Rahman. Setiap pelajar dikenakan bayaran yuran  sebanyak Rm 1.00 sebulan bagi membayar elaun kepada tenaga pengajar. Yang dipertua atau AJK Agama pasukan tentera telah dilantik untuk  menguruskan perjalanan sekolah ini . Keadaan ini telah berjalan beberapa tahun. Dari masa kesemasa bilangan pelajar semakin meningkat dan bilik darjah semakin bertambah, guru juga di tambah untuk menampung keperluan pelajar
Pada tahun 1986 , BAHEIS  telah mengambil alih   kelas ini dengan bilangan pelajarnya seramai 200 orang, dan guru seramai empat orang. Pada 15 ogos 1991 , cadangan telah dikemukakan untuk menyerapkan sekolah ini kepada Sekolah Rendah Agama dalam Wilayah Persekutuan . Setelah mendapat persetujuan dari pihak JAWI , kelas ini ditukar dengan nama Sekolah Rendah Agama  Al-Islahiah Kem Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur di bawah pentadbiran  JAWI.
Tenaga pengajar telah ditambah  kepada enam orang manakala pelajarnya seramai 250 orang , meliputi tahun satu hingga tahun enam. Pada masa yang sama  kertas cadangan telah  dikemukakan kepada pihak JAWI untuk mendapatkan bantuan membina bangunan sekolah di atas tanah milik angkatan tentera  bersebelahan surau Ar-Rahman . Cadangan tersebut telah berjaya dan pada tahun 1998  terbinalah bangunan yang sedia ada sekarang dengan bilangan pelajarnya seramai 450  dan tenaga pengajarnya seramai 12 orang.  Bangunan sekolah ini  sekarang  menempatkan kelas untuk Sekolah Rendah Agama  sesi pagi & petang  serta .Tadika Islam
(sesi pagi ).


NAMA SEKOLAH    :          SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-ISLAHIAH,
NO PENDAFTARAN           JAWI /4/192
ALAMAT  :                             SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-ISLAHIAH
KEM GENTING KLANG ,
JALAN GENTING KLANG,
            SETAPAK ,53100,
                                                KUALA LUMPUR
TELEFON :                            03-41088864

JENIS SEKOLAH:               Harian
KEMUDAHAN –KEMUDAHAN
            Keluasan Sekolah      :        1  Hektar
            Bilangan Blok              :        Satu blok  Dua tingkat,
            Sepuluh Bilik Darjah
            Satu Bilik Guru Dan Pejabat SRA
            Satu Pejabat Tadika  Islam
            Surau                          :          Berkongsi surau  dengan kediaman tentera
            Rumah Guru            :           Tiada
            Kemudahan Sukan :           Tiada
            Taman Permainan  :            Tiada
            Lain –lain             :    1 Kantin  Dan  2  Pondok Wakaf 
WAKTU  PERSEKOLAHAN
                                                Sesi  Pagi  :  8.00 Pagi  - 10.45 Pagi
                                                Sesi Petang : 2.30 Ptg  - 5.15 Ptg
SUMBER KEWANGAN:     Yuran Pelajar
LAIN –LAIN PERKHIDMATAN  :
                                                Kontrak Kantin :  Tiada
                                                Kawalan Keselamatan :  Tiada
                                                Penyelenggaraan Kawasan Sekolah:   Kakitangan Lantikan









SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SRA AL-ISLAHIYAH KEM GENTING KLANG 2012

Penaung                        : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Guru Besar                     : Ustazah Zaina Binti Othman
Guru Penolong Kanan 1 : Ustaz Syahrizal Bin Othman
Guru Penolong Kanan 2 :  Ustazah Mapazah Bt Abd Rahman
           Setiausaha                    : Ustazah Junaidah Binti Hasan
            Bendahari                    : Ustazah Latipah Binti Abdullah
  Guru                            :
1.        Ustazah Nurul Farhana Binti Yayha
2.      Ustazah Norfadzlina Binti Zawawi
3.      Ustazah Royhana Binti Draman
4.     Ustazah Khozaimah Binti Ridzuan
5.       Ustaz Shuib Bin Atmari
          Pekerja Am                  : Encik Mohd Fadzli